Perasaan sendiri atau perasaan orang lain?
Hi, dah lama aku pendam. Dah lama juga aku cuba untuk pujuk hati sendiri. "Everything will be okay" bisik hati kecilku... Orang cakap, pekak kan telinga. Tapi orang tak tahu, orang yang cuba untuk kuat ni kena sedia mental yang cukup untuk tidak berdendam dan memaafkan orang lain. Aku dah cerita pada post aku yang lalu, hidup aku mulai berubah setelah abah tiada. Ibu aku yang mesra aku panggil mak, punya teman hidup yang baru selepas 2/3 tahun abah meninggalkan kami satu keluarga. Cukup buat aku tersentak. Aku cuba untuk redha dan mula menerima takdir tuhan. Jujur aku cakap, aku bukan anak yang baik. Aku keras kepala...aku anak yang paling banyak menyakitkan hati mak aku sebenarnya. Aku buat sedemikian sebagai tanda protes aku tak setuju dengan keputusannya. Tapi sekarang aku mula sedar dan dengan adanya dorongan dan sokongan dari kakak dan kawan rapat. Aku cuba untuk menerimanya. Bertahun aku pujuk hati untuk redha dan menerimanya... InshaAllah...
Aku sayang mak aku. Aku tahu, dia mesti ada alasan kenapa dia mahu berkahwin lagi
.. Mungkin aku yang tak faham keadaannya. Tapi jujur sekarang aku lebih bersikap terbuka dan cuba untuk menerima. Bagi aku, mak aku takde yang kurang pun. Cuma pandangan orang sekeliling terhadapnya membuatkan aku rasa sangat kecewa. Orang sekeliling yang menjadikan aku menjadi "aku yang sekarang". Orang sekeliling yang tak faham dan tiada common sense. Walau pun aku sudah dikira agak besar dan "matang" itu bukan bermakna mereka perlu bercakap sesukahati tanpa kira langsung perasaan aku..atleast sebagai manusia yang punya perasaan.
antara dialog yang sentiasa aku akan hadap :
"Mak kamu kawin lain, takde lah jumpa abah kamu nanti (di akhirat kelak)"
"Eh kenapa mak tak datang? (kenduri), bawak jelah pakcik (panggilan ayah tiri) kamu sekali. Apa yang susahnya?"
"Kamu tak tau ke, mak dia dapat laki teruna"
"Eh kamu tak boleh panggil ayah baru kamu pakcik. Kena panggil ayah"
Punyalah kecewa aku dengan orang macam ni tuhan saje yang tahu. Cakap depan2 pun dah menyakitkan hati. Korang rasa kalau belakang aku macam mana? Fuh.. paling aku kecewa sekali datang dari kalangan keluarga juga. Aku take it simple je, aku fikir sekarang ya.., tuhan uji aku sekeluarga. Esok lusa mungkin akan terjadi pada mereka juga. Mereka tak faham sebab mereka tak pernah rasa dan lalui. Suatu hari nanti, korang akan rasa apa yang aku rasa. Suatu hari nanti juga korang pasti akan rasa kehilangan orang tersayang...waalahualam..
Sebenarnya banyak lagi soalan yang tak mampu aku jawab. Bila mereka tanya soalan sedemikian, aku mampu senyum je. Kenapa korang selalu tanya begitu ya? Apa korang tak fikir perasaan aku sebagai anak? Apa korang rasa, korang tanya soalan macam tu korang rasa korang concern terhadap aku? Korang rasa kesal mak aku bernikah dengan orang lain? Kalau korang sebagai orang luar rasa kesal... aku sebagai anak dia macam mana? Korang tahu, kami yang diuji dengan begini mampu untuk bangun dan hidup seperti biasa biasa balik ke? Korang tak tahu sebab korang tak rasa lagi....setiap keluarga diuji dengan perkara yang berbeza. Terpulang pada kita sendiri macam mana nak adapt dan survive hidup dalam vibes keluarga yang baru. Aku tak tahu korang faham ke tak apa yang aku cuba untuk sampaikan..tapi aku sangat berharap,mereka yang mempunyai perangai yang sedemikian sila fikir baik2 sebelum nak bercakap. Aku cuma minta orang lain hormat privasi aku. Faham keadaan aku. Hormat perasaan aku. Orang luar tetap orang luar..Dan orang luar juga tak sepatutnya bertanya sebab ia boleh beri impak tekanan perasaan bagi mereka yang tidak mampu mengawal stress masing2.. aku bersyukur, aku mampu mengawalnya. Tapi kadang kadang rasa too much. Aku berharap aku dapat bertahan dari segi emosi supaya aku dapat hidup dalam keadaan yang baik.
suka aku ingatkan, mak aku dimata aku cukup sempurna. Cuma tindakannya kurang digemari oleh aku sendiri. Dannn seperti yang aku telah cakap diatas, aku masih dalam proses untuk menerima takdir tuhan. Qada dan qadhar. Beri aku masa untuk menerima segala galanya. Hentilah membawang dan menjatuhkan air muka ibu ibu yang sudah kehilangan suami tetapi berkahwin baru, dan sebagainya. Mereka juga punya hak dan alasan mengapa mereka bertindak sedemikian rupa. Kan? Siapalah kita untuk menghukum dan judge mereka.
Mak,
Dila tahu dalam hati kecil mak, mak sedih,..
Dila tahu mak tak mintak untuk jadi macam tu,..
Dila sayang mak melebihi segalanya... dila tak reti nak ungkap sayang dan manja macam orang lain....
I want you to know, i love you more i love myself. Dila berdoa kita semua satu keluarga dipertemukan kembali di syurga Allah. AMEEN..
Comments
Post a Comment