First chapter
Assalamualaikum... hello!
Bismilah, ini merupakan blog kedua yang aku create setelah aku lupa password dan email apa yang aku guna waktu first blog tu. Can i say hi again? Hahaha this is really awkward. Aku masih tak pasti kenapa aku create account baru ni. Mungkin account ini akan menjadi saksi dan bukti terhadap perasaan sendiri? Hehehe
Okay, aku tak tahu jugak nak mula dari mana sebab akan ada banyak benda yang aku akan cuba untuk berkongsi perasaan bersama-sama korang. Aku juga akan cuba menulis/type menggunakan bahasa formal? Hahahahaha hentam sajalah....
Disini juga akan aku cuba memotivasikan diri sendiri dan mungkin korang? Jujur aku ikhlas bercerita dan terpulang pada korang untuk menilainya...
Hari ini tepat jam 4.58 pagi hari ahad, 2020.. aku bersyukur kepada tuhan kerana masih memanjangkan usia ku, ibu ku , adik dan kakak ku. Walaupun abah sudah tiada hampir 5 tahun, aku masih rasa arwah masih dekat bersama aku. Rindu ku pada abah tak mampu aku zahirkan dengan kata-kata. Hanya tuhan yang tahu betapa kosongnya aku tanpa kasih seorang ayah.
Ketiadaan ayah juga banyak mengajar erti kehidupan. Aku diuji dengan bermacam dugaan setelah ketiadaan abah. Dulu, Keluarga aku hampir musnah. Perkara yang aku tak pernah terfikir terjadi. Hari hari menangis. Setiap malam nak tidur rasa sedih dan lemah disebabkan terlalu overthingking. Sehinggalah SPM dan STPM terlalu banyak perkara baru yang jadi dalam hidup... 2015, 2016, 2017, 2018 merupakan tahun terburuk yang pernah aku lalui. Sukar jugak untuk aku ungkapkan dengan kata kata sekarang. Cukuplah dengan apa yang telah terjadi. Aku redha dan berserah pada tuhan. Aku ikhlas. Terima kasih buat rakan ku, nur hanis haziqah, ain shafika dan hanis azman kerana sentiasa ada bersama sama aku. Terima kasih sebab banyak beri dorongan dan beri sokongan moral. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa budi kalian. I love you so much more than i love myself. Walaupun kita jarang berkomunikasi disebabkan kesibukan menyiapkan assignment (haha) dan busy menghabiskan degree, ingatlah yang aku sentiasa doakan korang berjaya dengan apa apa bidang yang korang ceburi.
Hari demi hari aku kuat dan matang dalam displinkan diri sendiri. Kerana aku yakin, perkara yang telah terjadi pasti akan ada hikmahnya. Usiaku akan menginjak 21 tahun... Lagi beberapa hari aku akan menyambut hari ulang tahun yang ke 21 hehehe. Apa yang aku harapkan, aku mahu keluarga dan orang yang berada di sekeliling dipanjangkan usianya, diberkati dan dilimpahi rahmat tuhan yang maha Esa dan bahagia dunia dan akhirat disamping diberikan ganjaran syurga buat mereka yang telah tiada. I miss my old family. Aku rindu semua dan segala-galanya. Sekiranya aku punya masa, ingin sekali aku memutarkannya. Sayang, ia hanya tinggal kenangan yang akan aku sematkan dalam hati kecil ku buat selama lamanya.....
Comments
Post a Comment